Khamis, 15 September 2011

HIDUP BERKAWAN



merpati terbang dua sejoli
turun makan di dalam taman
kasih sayang tidak terbeli
menguji hati rakan dan teman

terbang tinggi burung merpati
sayup-sayup cecah ke awan
ikatan mesra setulusnya hati
pandai menjaga hatinya kawan

merpati putih di hujung tanjung
waktu senja pulang ke sarang
biarlah berjasa budi disanjung
barulah kawan berhati girang

merpati hinggap di atas rabong
turun ke tanah mencari makan
hidup berkawan jauhi sombong
baru di sukai kawan dan rakan

merpati putih bermata merah
turun ke tanah di hujung halaman
hidup berkawan elakkan marah
persahabatan erat sepanjang zaman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan