Jumaat, 16 September 2011

GELORA RINDU



tanam   padi  tumbuhnya  lalang
keladi    melata    di   tepi   paya
kasih  sayang   bagai  terhalang
hendak dirempuh tidak berdaya

layang-layang   bertali    benang
sangkut   pula   di pucuk meranti
bila   berjauh   asyik    terkenang
puas   ku   tunggu  ternanti-nanti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan