Khamis, 15 September 2011

DAYA DAN UPAYA



Di sebelah hulu hujannya lebat
sungai deras menghanyutkan titi
disangka jaya kelihatan hebat
tetapi menguji keikhlasan di hati

tenggelam kampung di pagi raya
melimpah banjir darilah paya
gunung ku daki selagi berdaya
menongkah kehendak impian jaya

kayuh sampan arah menongkah
muatan diisi penuh bersarat
selagi terdaya aku melangkah
menuju hala mencapai hasrat

anak sungai di celahan bukit
merentas lintang Hulu Keranji
hasrat tinggi kudrat sedikit
terperangkap diri angkara janji

Tiada ulasan:

Catat Ulasan