Jumaat, 16 September 2011

BENCI



berenang-renang anak  berudu
  di dalam   kolam   tepi   perahu
manakan  jadi  penawar   rindu
kerana  hati  membenci   selalu

di dalam   paya  tumbuh rembia
diambil  daunnya  berikat  perca
manakan  dapat  temui  bahagia
jika  dihina,  dimaki  dan dicerca

pokok kabung di Kampung Jawa
sedap   niranya  manislah    rasa
manakan dapat  menenang  jiwa
di sumpah  seranah setiap masa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan