Jumaat, 9 September 2011

AKU BUKAN SESUMPAH


Aku bukan sesumpah
yang menyamar itu
bertukar warna
di dedaunan hijau di hujung ranting
menyusuri dahan beralih kuning

Aku bukan sesumpah
yang menyamar itu
membias gelap di celahan sampah
menjadi cerah di cahaya melimpah

Aku bukan sesumpah
yang menyamar itu
selalu bertukar warna
untuk memerangkap serangga
melindungi diri dari pemangsa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan