Jumaat, 16 September 2011

SETIA BERKAWAN



pendayung   kolek  si kayu  jati
menyelusur  pantai  kail ketuka
senyum selalu  mengambil hati
elakkan muka masam bercuka

bunga   kemboja  di  tanah  rata
warna ungu  kembangnya  lama
kawan    gembira   diturut  serta
sahabat bersedih hiba bersama

cantik bunga dalam jambangan
waktu  kemarau  habislah  mati
kawan suka  bersambut tangan
sahabat  berduka  hulur simpati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan