Jumaat, 16 September 2011

SEBELUM DAN SESUDAH



Burung    pungguk  di pucuk ara
Rindukan bulan sedang bertapa
Masa  berkasih ketawa gembira
Dah  lama  kawin duka nestapa

Burung helang tinggi di angkasa
Terbang  melayang jauh kembara
Masa  berkasih mesra  sentiasa
Dah lama kahwin resah sengsara

Burung gagak di pohon berangan

Pekat  hitam bertambahlah legam

Masa berkasih bergenggam tangan

Dah lama kahwin selalu meragam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan