Khamis, 15 September 2011

RINDU BUAT TAK TAHU




Asalnya katak dari berudu
berenang-renang didalam kali
hamba di sini asyik merindu
orang di sana tak ambil peduli

anak itik berenang-renang
bermain-main ditepi perahu
orang di sini asyik terkenang
orang disana tak ambil tahu

Mengail ikan di Tanjung Pauh
dekat dengan kampung nelayan
hati merindu pada yang jauh
orang dekat langsung tak layan

pergi seberang naik perahu
seiring belayar bersama kolek
rindu dihati tak siapa tahu
jika kau datang nak ikut balik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan