Khamis, 15 September 2011

PERHENTIAN AKHIR



bagi sikecil mahu pun dewasa
kaum lelaki jua wanita

remaja tak lepas
muda tak bias

tanpa mengenal erti usia
mungkin sempat meniti senja

ada terhenti ditengahari
pun tak pernah mengenal mentari

darjat pangkat tiada berbeda
sikaya atau miskin hina

sampai janji pasti ketemu jua
disini akhir perhentiannya

tinggallah ibu tinggallah bapa
adik kakak abang segala

harta dunia semuanya tinggal
amal jariah menjadi bekal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan