Jumaat, 16 September 2011

LUAHAN RASA



sejuta bintang bulan nan satu
di sudut langit kejora sakti

walaupun jauh beribu batu

namun terasa dekat di hati


gelap malam bulan gerhana
nampak cuma kerlipan bintang
hidup biarlah bersederhana
terasa kurang bawa bertenang

seindah bahasa tersusun rapi
puisi berlagu irama perlahan
fikiran melayang umpama mimpi
sabar dan redha dugaan Tuhan

awan berlalu bulan pun timbul
bertambah indah malam berseri
impian tak sampai belum terkabul
Allah menguji kesabaran diri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan