Sabtu, 10 September 2011

CINTA SENJA


Hati tiba-tiba di ragut sepi
bak dedaun tak di sambar bayu
tika terpandang wajah mu kelam
berbalam suram di mega merah

betapa sayunya hatimu saat itu
tika melambai turun dari takhta
ditelan sang laut di penjuru dunia
bersama senyuman di sebalik sedu

dada berkuak resah di hati memilu
terpaksa merelakan dikau berlalu 
maka sunyilah aku untuk seketika
setelah menemani sepetang bersama

jelmalah lagi di keesokan hari
yang tentunya sudah pasti ku nanti
kerana tanpa mu siapalah aku
kini aku telah jatuh cinta pada mu ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan