Jumaat, 16 September 2011

TERBAYANG DI RUANGAN MATA


terbang tinggi si burung helang
setelah penat singgah ke sarang
ku harap dikau lekaslah pulang
tiada ku sanggup tinggal seorang

di tepi pantai berenang ikan
sambil memakan si anak kerang
pemergian dikau aku doakan
agar selamat di tempat orang

pergi ke kebun petik kelapa
untuk jualan di pekan selasa
mana kan dikau boleh ku lupa
wajah terbayang setiap masa

pergi memetik si pucuk paku
tempat bersarang si rama-rama
selamat jalan wahai sayangku
bawalah rinduku bersama-sama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan