Sabtu, 10 September 2011

SIRIH PINANG


laksana sirih jatuh melayang
ingin kembali semula ke gagang
jika pinang sudah jatuh ke tanah
mahu kembali ke tampuk semula
namun harapan tak tercapai juga

seandainya sirih berpinang tidak
gambir dan kapur di dalam puan

dilipat beradat jampi mentera
ingin ku buat bekal perangsang

kekal berani menempuh juang

mendidih hati berkobar di dada
cekal semangat hendak menduga

diri tak segagah pendekar perkasa

umpamalah seekor ikan seluang 

ke lautan dalam ingin di renang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan