Khamis, 15 September 2011

SAYANG TERATAK KU



Sayang teratak berpintu dua
hanya terbuka sebelah sahaja
kerana didiami penunggu tua
menghitung hari meniti senja

sayang teratak di hujung tanjung
terletak pula di tepilah gunung
sudah tak ramai sudi berkunjung
penghuni tua di pintu termenung

sayang teratak jauh di hulu
di tepilah sungai kuala bertemu
teratak tidak semeriah dahulu
orang tak singgah kerana jemu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan