Jumaat, 16 September 2011

PETANI BERBENDANG TIKUS YANG KENYANG



bijak    sungguh   bukan sebarang
tanpa  susah   hendak   berladang
cara sang tikus  nak hidup senang 
di  sawah   padi   ia   menumpang

petani   berkerja  pagi  ke  petang
tabur keringat membanting tulang
tapi  sang  tikus   pula   bersarang
memakan  padi  di  waktu  lapang

kecewa  petani   bukan  kepalang
kerana  sang tikus  ambil peluang
tidak  peduli   bendangnya   orang
asalkan  saja   perutnya   kenyang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan