Jumaat, 16 September 2011

MASIH TERINGAT



anak Cina buat keranjang
untuk diisi dengan jerami
jika ada cuti yang panjang
balik kemari kunjungi kami

di waktu pagi mengambil keladi
masak lemak bersantan kelapa
selagi bergerak denyutan nadi
pada mu tidak akan kami lupa

sirIh pinang didalam puan
tepak terletak diatas lantai
untuk meminang sianak dara
rindu sungguh padamu tuan
bagaikan laut tiada berpantai
laksana sungai tiada bermuara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan