Jumaat, 16 September 2011

KERANA FACEBOOK



berpuluh tahun tak bersua muka
 berfacebook bertemulah semula
eratkan ikatan bagaikan saudara
faedah facebook kepada semua

dahulu bermusuh kini dah rapat
kasih bersemi sesama sahabat
mesra berpadu bertambah erat
facebook membuat jadi sepakat

Jalinan mesra bersatu muafakat
  kawan jauh kini bagaikan dekat

ada yang suka menunjuk bakat
sampai membuat orang terpikat

facebook jadi alat mengumpat 
kutuk dan fitnah menunjuk hebat
mengeji orang tak tentu tempat
kononnya diri yang paling kuat

terguris hati tuduh menuduh
mula berpuak bergaduh-gaduh
ada yang cuba cari pengaruh
ikatan yang jernih menjadi keruh

dahulu berpisah kini berjumpa
bergurau senda bicara mesra
tersalah kata timbul sengketa
seandai facebook disalahguna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan