Di tepi halaman tabur selasih
bersiram dengan si air bilasan
runtuhnya setia menidak kasih
tergelincir lidah dik kata kiasan
patah dahan pohon meranti
reput kerana akar terendam
retak seribu harapan di hati
jiwa terluka berganti dendam
berkolek menuju Pulau Serawa
dibawa arus ke Tanjung Datu
hancur luluh resah kecewa
bagai kaca terhempas ke batu
reput kerana akar terendam
retak seribu harapan di hati
jiwa terluka berganti dendam
berkolek menuju Pulau Serawa
dibawa arus ke Tanjung Datu
hancur luluh resah kecewa
bagai kaca terhempas ke batu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan