besi kuning tempa berlapis
kilat berkilau gosok bersental
medan juang tak pernah habis
bersatu hati bersemangat kental
cepu emas perak suasa
berkilau digilap kain basahan
cekal berjuang tak kira masa
nyawa dan badan jadi taruhan
tepak sirih si kayu berkerat
di serikan pinang berbelah empat
hinanya besi kerana karat
melarat pendekar hidup merempat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan