ALAHAI
Biarlah aku pergi
biarlah aku mengundur diri
ku sedar siapalah aku ini
hanya menumpang di sudut hati
Jangan ditanya aku kemana
aku tetap di sini sahaja
sudah hilang tempat bermanja
ingin ku pujuk hati yang lara
Bagai melukut di tepi gantang
masuk tak cukup keluar tak kurang
bukan merajuk atau sebarang
hanya ku ingin berhati tenang
Bukan sudah aku tak sayang
bukan kerana tak sudi memandang
tidak ku mahu menyusahkan orang
namun tiada di mata di hati tak hilang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan