Panasnya hari di tengah rembang
habislah layu dedaun rumput
tidak sanggup merempuh gelombang
perahu ku kecil pendayung reput
Kerana angin runtuhlah para
ditimpa dahan pohon pulasan
hajat hendak rempuh gelora
bimbang hati karam kelemasan
Papan meranti dibuat para
diikat dengan tali berjela
bukan setakat takut gelora
duduk di pantai hati tak rela
Tiada ulasan:
Catat Ulasan