Sedangnya arus mengalir laju
deras memukul rakit ke hulu
akan diredah setakat termampu
kemanalah hasrat membawa diri
Sayang kelubi rasanya masam
tumbuh melata di tepi paya
redang tempat burung bersarang
Apalah malang nasibku suram
bagai mendung kelam cahaya
kerana diri tak digemari orang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan