Isnin, 28 Januari 2013

BERPATAH ARANG



Jika mengutip si paku rawan
banyak tumbuh di tepi rimba
segelas air di dalam cawan
bukan penawar tetapi tuba

Paku rawan di hujung tanjung
dmasak lemak santan berlada
putus benang boleh di sambung
patah arang bersambung tiada

Paku rawan tumbuh melata
dimasak orang brsama santan
biar hilang dipandangan mata
semoga lenyap dari ingatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan