mentari perlahan menerjah wajahnya mengusung pagi
kala itu mula terbayang wajah mu di bayang indah
melayang kuntuman mekar senyum di bibir merkah
nun di kejauhan lembah hijau sang bayu menerpa lembut
membelai daun-daun pohon-pohon kedinginan dik embun
begitulah aku nian terlena dalam usapan rindu kasih mu
menggamit segala kenangan menambah resah di jiwa ku
semoga rindu mu itu menyapa setiap hari dan ketika
biarlah tersisip bayangan mu sentiasa tersemat di dada
maka bertandanglah lagi menghibur sukma jiwa dahaga
agar hilang rindu pada mu yang terpendam dalam jiwa
hadirlah duhai kekasih pujaan hati dan terpalah daku
usah dibiarkan aku termangu kesepian menunggu
kini sekadar terbayang wajah mu menjelma di dalam mimpi
bertandanglah kerana aku terlalu rindu dikau berada di sisi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan