RAJUK KEKASIH
Burung nuri terbang melayang
lalu hinggap di pohon selasih
merajuk pada yang sayang
nak merayu pada yang kasih
berenang-renang si ikan bujuk
lalu di sambar helang melayang
adat merajuk hendak di pujuk
harap simpati orang di sayang
berlari-lari si anak kijang
luka di badan terguris duri
rasa di hati nak merajuk panjang
bimbang kekasih jauhkan diri
anaklah haruan si anak bujuk
paya berair tempat berenang
hilanglah rajuk kerana dipujuk
hati yang resah kembali tenang
pergi mengail si ikan bujuk
dimasak gulai berasam jawa
hilanglah rajuk kerana dipujuk
kasih bercambah di lubuk jiwa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan