MENDUGA SETIA
Kalaulah sungguh bagai dikata
tidak hamba bertampung kain
kalau sungguh adik menyinta
kenapa di hati ingat yang lain
kalaulah tidak buah peria
tidak ku masak bersama cuka
di mulut manis berjanji setia
pada yang lain pula kau suka
kalaulah tidak kerana benang
tidaklah hamba memintal tali
aku seorang terkenang-kenang
namun dikau tak ambil peduli
Tiada ulasan:
Catat Ulasan