jiwa kosong kurang amalan
nipis pegangan untuk beriman
dunia sudah ke akhir zaman
manusia sentiasa dalam kerugian
hati sudah tak jadi bersih
hitam pekat tak pernah putih
selalu lalai amalan disisih
entah bila hendak beralih
rambut sudah berubah warna
tiada yang hitam putih sahaja
amal ibadat selalu terleka
halal dan haram tak ambil kira
alangkah rugi usia muda
usia dah tua tak sedar juga
sebelum ajal berkunjung tiba
mari bertaubat mensuci dosa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan