BERAS MELUKUT
Khamis, 27 Mac 2014
SERUANG SEPI
Tanpa peduli melangkah mengikut kehendak hati
kemana hala tujuan harus pergi membawa diri
merempuh rintangan gelora nyalaan api
dalam sayu ku pasrah mencari ketenangan hakiki
Ruang pandangan mata semakin layu
dik rembasan airmata menitis tanpa henti
landaan resah diperasaan bagai dihiris sembilu
namun ku cuba memujuk agar ia pulih kembali
Biarlah diperjalanan ini tiada teman bicara
terasa sunyi umpama tiada lagi siulan kenari
laksana merbuk merajuk di pohon tanpa suara
maka gersang madah pujangga tak bermakna lagi
Tiba di pantai ombak berlari mengejar ku
tanpa jemu desiran bayu membelai lembut ke pipi
serta membisik di telinga dengan kata-kata rindu
lalu ku tuliskan sebuah catatan cinta di pasir halus buat mu
Rabu, 11 Disember 2013
DIAM DISAKITI
Kelapalah tuan kelapa gading
Kelapanya hamba kelapa bali
Bila teringat masa bersanding
Terasa ingin berulang kembali
Hujanlah lebat di waktu senja
Tengah malam baru berhenti
Hilang tempat hendak bermanja
Tidakkan boleh ku cari ganti
Embun menitis sejak malam
Sejuk dan dingin ke pagi hari
Dalam hati kelam berbalam
Ku pujuk hati membawa diri
Hujan gerimis di pagi hari
Hujan gerimis di pagi hari
Terasa sejuk dinginlah pula
Biarlahku pujuk hati sendiri
Semoga tenang ceria semula
Bunga mekar di dalam taman
Bunga mekar di dalam taman
Si kumbang jati hatinya ceria
Hidup sendiri tidak berteman
Dalam kesepian ada bahagia
patah terbelit dahan meranti
jatuh menjunam ke lurah bukit
bukan senang cari pengganti
selagilah hati ku terasa sakit
Tepi laman rumpun semalu
lalu ditebas teranglah sikit
biar ku luah perasaan pilu
jika berdiam hati ku sakit
KASIH SERI PINANG
Buah pinang di sulur mayang
dikaitlah orang dipotong dadu
bila hati sudah menyayang
sehari tak jumpa terasa rindu
rimbun tumbuh pohon selasih
ditanam orang di bendang padi
setimbun sayang sebukit kasih
terpautlah hati kerana budi
tanamlah selasih di tanah rata
tempat bersarang burung merpati
biarlah buruk dipandang mata
asalkan cantik dipandangan hati
burung jelatik terbang melayang
singgah sebentar di pohon meranti
dapat yang cantik bertambah sayang
kasih berpanjangan bawa kemati
ANGGERIK DESA
Anggeriklah desa bunga idaman
Sedang mekar serta berkembang
Unggul menjadi hiasan halaman
Sentiasa dipuja oleh si kumbang
ADINDA SANGSI
Ruas bercabang berdaun jarang
kelapalah muda getak ke paya
puas sudah berteruslah terang
kenapa adinda tidak percaya
Selendang putih anggun bergaya
Selendang putih anggun bergaya
Pakai kebaya bersama kain
Jikalau adinda tidak percaya
Bolehlah adinda cari yang lain
Petang hari berkebun lada
Buat batas di tanah rata
Putus kasih bertalak tiada
Putus harapan bawa derita
Di tepi rimba pohon berembang
Di tepi rimba pohon berembang
Buah melayang ke tepi lata
Andai kekasih merasa bimbang
Apalah daya hendak ku kata
Rumah kecil tepi sempadan
tepi halaman bunga berkembang
selagi hayat dikandung badan
usahlah dikau merasa bimbang
Pohon berangan pohon berembang
Di tiup angin condong ke kiri
Jangan di hati menaruh bimbang
Andainya sayang yakinkan diri
BURUNG DI SANGKAR
Sarung pedang darinya Semarang
Gayung pendekar berbadan sasa
burung ke sarang hatinya girang
burung di sangkar memendam rasa
Pedang sakti cantik bersarung
Senjata pusaka si orang Kerinci
Mata ku bebas badan terkurung
ingin ku lepas pintu terkunci
Bilalah senja sudahlah tiba
mentari mula masuk beradu
Burung di sangkar hatinya hiba
Tiada tempat hendak mengadu
ADUHAI SIAPALAH SUDI
Patah terkulai si dahan meranti
Terbelit akar sangkut tergantung
Hidup seorang memakan hati
Hidup berdua berkerabu jantung
Seri bunga di pulau sembera
dipetik orang dalam perahu
bibir senyum nampak gembira
hati menangis siapalah tahu
Airlah sejuk bercampur selasih
di dalam gelas nampak berbayang
hendak merajuk pada yang kasih
mengharap belas dari yang sayang
Kalau pergi ke tanah seberang
Naik perahu bersama teman
Kumbang hitam hanya disarang
Kemboja senyum kembang di taman
Selasih berad di tapak tangan
Lalu disiram dipangkal berangan
Kekasih lama tinggal kenangan
Kekasih baharu hayalan angan
Bagaikan ikan terkena tuba
Lemas di air hanyut ke lata
Puas sudah hamba mencuba
Bahagia dicari bertandang derita
Bunga mawar di tepi perigi
Bunga cempaka di pinggir titi
Biarlah kasih berlalu pergi
Namun tidakkan ku cari ganti
Terbang megah si burung helang
tangkas mangsa ia menyerang
Biarlah kekasih pergi menghilang
daku rela ditinggalkan seorang
Terbelit akar sangkut tergantung
Hidup seorang memakan hati
Hidup berdua berkerabu jantung
Seri bunga di pulau sembera
dipetik orang dalam perahu
bibir senyum nampak gembira
hati menangis siapalah tahu
Airlah sejuk bercampur selasih
di dalam gelas nampak berbayang
hendak merajuk pada yang kasih
mengharap belas dari yang sayang
Kalau pergi ke tanah seberang
Naik perahu bersama teman
Kumbang hitam hanya disarang
Kemboja senyum kembang di taman
Selasih berad di tapak tangan
Lalu disiram dipangkal berangan
Kekasih lama tinggal kenangan
Kekasih baharu hayalan angan
Bagaikan ikan terkena tuba
Lemas di air hanyut ke lata
Puas sudah hamba mencuba
Bahagia dicari bertandang derita
Bunga mawar di tepi perigi
Bunga cempaka di pinggir titi
Biarlah kasih berlalu pergi
Namun tidakkan ku cari ganti
Terbang megah si burung helang
tangkas mangsa ia menyerang
Biarlah kekasih pergi menghilang
daku rela ditinggalkan seorang
RAYUAN RINDU
Gemersik irama hembusan bayu
Membelai dedaun pohonan kayu
Terusik di jiwa merajuk sayu
Rindu mendesak bibir merayu
Angin membelai si pohon sena
Ranting berdaun menimpa batu
Rindu sahabat jnun auh di sana
Tidakkan ku lupa setiap waktu
Merimbun di laman pohon selasih
Runduk ditimpa dahan mengkudu
Rindu bertatang pada yang kasih
Bawa bertemu meleraikan rindu
KASIH SELAYANG PANDANG
Pohon selasih melata di bukit
Benih dibawa angin melayang
Kasih pada mu bukan sedikit
Siang malam asyik terbayang
Benih selasih jauh melayang
Jatuh melata sampai ke bendang
Hati kasih rindu terbayang
Itulah sayang selayang pandang
Tumbuh selasih di atas bukit
Disebar angin benih melayang
Di mata suka di hati sakit
Namun masih disayang sayang
Selasih puan benih melayang
Selasih hamba bertuai hampa
Kasih puan ramai menyayang
Kasih hamba tiada sesiapa
Benih selasih tabur melayang
Tumbuh melata di batas bendang
Kasih di mata di hati sayang
Siang malam terpandang pandang
RINDU SI POHON BULUH
Buluh ditebang diraut-raut
Jari berdarah terkena sembilu
Padamu sayang hati terpaut
Ingin ku luahkan terasa malu
Pohon buluh ditebang-tebang
Dibuat bilah diracik-racik
Kalaulah rindu padalah abang
Begitulah abang rindukan adik
Langgan:
Catatan (Atom)