Jumaat, 16 September 2011

PENAWAR HATI


Ahmad Harun

tiup api kayu berbara
untuk membakar ikan sesia
hati resah berduka lara
ujian Tuhan kepada manusia

terbang sekawan burung merpati
hinggap se ekor diatas para
tahjud dan zikir pengubat hati
diizin Allah terlerailah lara

pohon beringin pokok berangan
menimpa pokok asamlah jawa
iman dan taqwa jadi pegangan
penawar hati mensuci jiwa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan