Jumaat, 16 September 2011

DUKA DI SENYUMAN BIBIR



Ahmad Harun

gelap langit laksana bertabir
awan mendung bagai meniti
senyum manis paparan bibir
tetapi menangis didalam hati

luka di jari terasalah pedih
balut kain basahan tepi telaga
walau di hati sering bersedih
kerana kawan ku senyum juga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan